27 October 2020

Jangan Mengharap Pada Mereka

Salam, lama tak menulis, di harapkan semua sihat, sebenarnya tiada idea nak menulis, tapi gigihkan juga lah menulis kerana ingin meluahkan apa yang rasa terbuku di hati, dulu pernah berjinak jinak dengan sukan golf, dan ada seorang pak tua pernah berkata, kalau nak tahu siapa lawan dan siapa kawan, main lah golf, baru anak tahu, erti sebenar persahabatan.pelik juga dengan kata kata tersebut, dan akhirnya, hanya tinggal kenangan belum sempat mengenali dan memahami dengan lebih lanjut erti 'persahabatan' di lapangan golf, akhirnya berkubur begitu sahaja, salah satu puncanya kerana sibuk dengan urusan kerja, dalam kesibukan tersebut, lupa akan permainan orang kaya kaya ini.

Pernah kecewa di dalam politik, di mana terlalu jujur sehinggakan tidak sedar pihak yang di sangka sahabat, menikam secara tiba tiba, selepas dari itu menyepi tanpa ambil tahu hal politik kotor ini, dan pada tahun ini, kembali semula selepas 8 tahun menyepi, bukan semata mata kecewa kerana kalah, tapi kecewa kerana sikap manusia yang lupa diri dan berhati busuk. Bagi aku, kalau nak tahu siapa lawan, siapa kawan, masuk lah ke pentas politik.

Apabila kembali semula ke pentas yang penuh tipu daya ini, pentas sudah berubah, hampir majoriti pemain terdiri dari muka muka baru yang leka bertahun tahun, leka dari dunia ilmu, malah, semakin berpura pura lakonan mereka. Ada yang tebalkan muka, ada yang terpaksa berkawan untuk mendapatkan sesuatu. mereka hidup dalam kepura puraan sebenarnya, semua inginkan tempat yang 'selesa' dalam masa yang sama, tiada konten. 

Jika ada yang terlalu pandai, akan di anggap suatu ancaman, bila berkata benar dan di pihak yang minoriti akan di singkirkan, mereka hidup dalam kepalsuan dan ini berlaku di kalangan ahli politik yang tidak sedar diri, yang tua tiada konten di anggap bernas dan berpengalaman sedangkan kosong semata mata, yang muda di di pandang sinis seolah olah tidak layak memimpin. Pemimpin muda yang ada, adalah boneka kepada si tua. 

Hal kebajikan rakyat tidak di pandang serius, di buat macam bola, tendang sana sini, kesian orang kampung, terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan suatu keputusan yang tak pasti, orang politik memang secara total tidak berguna. Hidup dalam kepalsuan dan tidak ikhlas apabila telah menyandang jawatan. Tolong jangan menjadikan ahli politik sebagai idola, kerana mereka adalah palsu, tidak membawa teladan yang baik, mereka merosakkan lagi, mengkucar kacirkan keadaan dengan propaganda yang sengaja di perbesar-besarkan. 

Buang politik yang busuk, jangan mengharap pada ahli politik untuk kelangsungan hidup, sebaliknya carilah ilmu kemudian ambil alih kuasa dari orang orang politik yang sampah ini. Di melaka, ramai ahli politik dari akar umbi yang sampah pemikiran, acuh tak acuh dan tidak berpelajaran, jika berpelajaran, sertai politik, itu pun atas ehsan bapa, untuk tiket bypass tanpa bertanding. 

Banyak permohonan rakyat yang tidak di pandang serius, malah di susahkan lagi, berbagai bagai karenah birokrasi sehingga rakyat sakit hati, jangkitan pandemik covid semakin merebak, dan kadar jangkitan saban hari ke hari semakin kritikal, rakyat di suruh duduk rumah diam diam, patuhi SOP, pakai pelitup muka ? Ahli politik 'bersiar siar', bersukan, mengeteh dari pagi ke malam. Hurm, memang sampah, langsung tidak boleh di jadikan teladan. Stand on your own feet, dont lets politicians put your life in their hands. Shit Politics.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan dan komen, sangat menghargai