29 January 2020

Berapa Kali Nak Ulang

Menyampah pula bila iklan di radio pasal saham di mainkan berulang kali, lama pula tu tempohnya, stesyen radio dulu dulu tak sama macam sekarang, dulu lebih banyak mainkan lagu dari bercakap, , tapi stesyen radio sekarang ? lebih banyak bercakap, iklan, dan buat lawak bodoh lepas tu ketawa sendiri, lebih kepada syok sendiri pun ada, lebih banyak iklan dari lagu, ala yang iklan jom pelaburan saham, menang saham tu, sebanyak rm10 modal je, tak hensem tak apa yang penting kaya, berapa kali nak ulang ulang hah, bosan. tutup siaran terus.

Bila ramai dah register, takut ada hidden charge pula nanti. Tak masuk akal, modal kecik, untung berganda ganda, main saham ni ada tekniknya.

Harap radio yang lain, tiada la iklan seperti ini. Pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, suka dengar sinar, sebab terhibur juga kadang kadang dengan lawak jep, rahim dan angah. 

6 comments:

  1. Hahahhaa... Mrs. A rasa tahu stesen radio mana tu. Mrs. A pun sependapat jugak.

    Itulah tak boleh nak hadam setengah jam bagi talk pasal saham dah untung 10k (lebih kurang macam tula iklannya).

    Samalah sangat meluat bila DJ duo tu yang ke udara syiok sendiri yang melampau. Stesen radio tu pun takkan la tak tahu pendengar ramai yang meluat dari yang suka.

    ReplyDelete
  2. yeke.. tapi sekarang sesetagh stesen radio mmg banyak slot iklan.maybe da takbanyak tajaan so iklan jela boleh tampung pendapatan kan..hihi..tu ummi malas nk dgr radio sgt.

    ReplyDelete
  3. betul. kadang2 meluat bila dengar dj tu buat lawak pastu sendiri gelak, kita yg dengar tak faham apa benda yg lawak sangat terus tukar radio lain :( ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan dan komen, sangat menghargai