27 January 2020

Senyuman Satu Sedekah

Pinjam sinarmu Nurnilam sari, buat ku merempuhi malam, kabus berlabuh bagaikan awan, mengaburi penglihatan. Senyuman mu satu azimat, buat diri ku yang hina, manusia terpinggir melara, tak pernah kenal erti bahagia. Namun ku masih bahagia, bagi ku rahmat semuanya. 

Betul kata orang, senyuman itu satu sedekah, kadang kadang, orang sekeliling bukan nak wang anda pun, mereka mengharapkan senyuman yang membuatkan mereka bahagia, bila senyum, semua orang di sekeliling bahagia. Jom senyum di awal pagi, agar mendapat aura yang baik untuk kita bekerja cari rezeki buat keluarga. 

Tapi jangan senyum gedik, takut nanti orang salah faham. 

Senyumanmu Satu Azimat




 

1 comment:

  1. Tambahkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman hehehee...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan dan komen, sangat menghargai