04 February 2020

Demi Kepentingan Diri Sendiri

Perlu ke memilih dalam berkawan demi kepentingan diri atau untuk mendapatkan sesuatu? Sebagai contoh, nak dapatkan anugerah cemerlang di tempat kerja? kesian anak buah saya, dia mengadu yang tiada siapa yang mahu berkawan dengan dia di pejabat, kerana dia seorang yang bercakap benar, dan lantang menegah perkara yang tidak baik, walaupun dia seorang yang kuat bekerja, tiada siapa yang memandang bidang tugasnya. Baru baru ini, rakan rakan dia yang mana menjauhi kan diri dari anak buah ini, ada berberapa diantara mereka mendapat anugerah walaupun prestasi tidak lah sehebat mana. Nasihat saya kepada anak buah ini, bersabarlah dan teruskan membuat kebaikan, walaupun tidak dipandang orang, Allah sentiasa melihat, jangan susah hati.


Pihak atasan tidak berapa suka anak buah saya ini, mungkin terlebih pandai, mereka takut dan tergugat rasanya, itulah, lebih baik berdiam, jangan buat buat pandai, nanti kena cantas di tempat kerja. budaya masyarakat melayu yang tidak sudah sudah.

Politik organisasi yang berat sebelah, majoriti sanggup menipu diri sendiri, sanggup menegakkan benang yang basah, janganlah terlalu yes boss.Pesan kepada anak buah, walaupun kau berseorangan dan dipihak yang benar, teruskan usahamu jalan kerja seperti biasa, niat kerana Allah Taala dalam bekerja. Inshallah akan di buka kan jalan dan dipermudahkan urusan kamu.

1 comment:

  1. Adoii x Suka office politics tapi Kat semua opis mmg ada

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan dan komen, sangat menghargai