12 April 2020

Apa Khabar Semua?

Apa khabar korang semua di dalam tempoh kawalan pergerakan, umum semua tahu yang tempoh kawalan pergerakan di panjangkan/sambung lagi hingga ke 28 April 2020. yahooo...! duduk rumah diam diam sahaja, nikmat apa lagi yang ingin didustakan? dah hampir tepu sebenarnya duduk di rumah ini, tapi nak buat macam mana kan? Semoga urusan korang di rumah di permudahkan oleh Nya, yang paling penting, berjaga tu atau kuarantin tu kuarantin juga, solat jangan tinggal ya.

Dalam buruk ada baiknya, ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku, dari tak pernah masuk dapur, para suami sudah mula meluangkan masa di dapur, sudah mula belajar bertoleransi, menjadi imam yang unggul, dari tidak pernah solat berjemaah bersama isteri dan anak, telah menjadi imam, sudah mula meluangkan masa bersama anak anak, menyiapkan tugasan kerja sekolah anak anak, nampak tak perkara yang baik berlaku semasa kejadian dasyat virus global ini?

Kalau dulu malas nak ke pejabat, kalau boleh nak duduk rumah tidur sahaja kan, tapi sekarang, Tuhan beri cuti lama, dah lah cuti, dapat gaji dan bantuan pula tu? nikmat apa lagi yang mahu di dustakan lagi? 

1 comment:

  1. Betul tu time rehat Kita rehat betul2 seize the moment

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memberi pandangan dan komen, sangat menghargai