24 January 2020

Suasana Nyaman Di Pantai

Nyaman dan tenangnya apabila melihat laut dan kawasan sekeliling nya, semalam pergi memancing di pantai berhampiran Masjid Selat di Melaka, agak lama juga lah saya tak pergi memancing, walaupun cuaca panas terik, tetap bersemangat waja nak memancing, nasib baik ada berberapa pokok di sekeliling kawasan, dapatlah saya tumpang teduh, tapi bahang juga lah, lain macam cuaca sekarang.

Suasana Nyaman Di Pantai

Masa tiba di pantai, air dalam proses pasang ke surut, ikan ikan peralihan dari kawasan pantai ke tengah laut, yelah air nak surut kan, tapi kena tengok nasib juga lah, kalau ada rezeki tak kemana, melekat juga ikan di mata kail, rezeki memang tak dapat di jangka, yang penting, sabar dan terus sabar.   



Suasana Nyaman Di Pantai

Sebenarnya saya dah lama tak memancing, dan di masa yang sama, memang teringin nak dengar bunyi ombak, rasa tenang dan nyaman je, itu lah sebenarnya misi memancing semalam. soal dapat ikan atau tidak, itu nombor dua, haha, dalam kebahangan cuaca terik semalam, saya tidak balik dengan tangan kosong, dapat jugalah dua ekor ikan serkut yang bersaiz tapak tangan orang dewasa,  tapi saya terlupa nak ambil gambar ikan serkut tu, sebab bergegas nak pulang, ke rumah ada urusan yang lain.

Sedap di goreng kunyit atau buat ikan bakar cecah cili kicap. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan dan komen, sangat menghargai