30 January 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Hai nilam nak join segmen dari bloggers Lieyza nordin. saya dah ikut semua syarat yang di tetapkan oleh bloggers lieyza nordin. Doakan saya ada peluang menang ya.

segmen dari bloggers Lieyza nordin.

Bloglist Segment 2020 Misaki Pure Blood

Salam dan selamat sejahtera hari ini nilam nak join segmen bloggers Misaki pure blood, terbelit belit nak sebut, cari kursor tetikus tak jumpa, rupa rupanya yang ikon watak kartun itu kursor nya, saya telah follow blog kamu dan subcribe channel youtube kamu ya, blog misaki pure blood ini meriah, juling mata saya, maklumlah rabun warna, saya join bloglist segment kamu ya, sebab hendak join segmen ini, kerana nak tambah kenalan rakan rakan online dan meningkatkan trafik blog nilam, harap saya menjadi insan bertuah menang segmen awak.

Salam kenal misaki pure blood, kalau pembaca yang lain mahu menyertai segmen ini boleh tekan sekali pada gambar di bawah ya.

Bloglist Segment 2020
Mari kita meriahkan segmen bloggers misaki pure blood ini. Salam perkenalan ya.

29 January 2020

Berapa Kali Nak Ulang

Menyampah pula bila iklan di radio pasal saham di mainkan berulang kali, lama pula tu tempohnya, stesyen radio dulu dulu tak sama macam sekarang, dulu lebih banyak mainkan lagu dari bercakap, , tapi stesyen radio sekarang ? lebih banyak bercakap, iklan, dan buat lawak bodoh lepas tu ketawa sendiri, lebih kepada syok sendiri pun ada, lebih banyak iklan dari lagu, ala yang iklan jom pelaburan saham, menang saham tu, sebanyak rm10 modal je, tak hensem tak apa yang penting kaya, berapa kali nak ulang ulang hah, bosan. tutup siaran terus.

Bila ramai dah register, takut ada hidden charge pula nanti. Tak masuk akal, modal kecik, untung berganda ganda, main saham ni ada tekniknya.

Harap radio yang lain, tiada la iklan seperti ini. Pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, suka dengar sinar, sebab terhibur juga kadang kadang dengan lawak jep, rahim dan angah. 

27 January 2020

Senyuman Satu Sedekah

Pinjam sinarmu Nurnilam sari, buat ku merempuhi malam, kabus berlabuh bagaikan awan, mengaburi penglihatan. Senyuman mu satu azimat, buat diri ku yang hina, manusia terpinggir melara, tak pernah kenal erti bahagia. Namun ku masih bahagia, bagi ku rahmat semuanya. 

Betul kata orang, senyuman itu satu sedekah, kadang kadang, orang sekeliling bukan nak wang anda pun, mereka mengharapkan senyuman yang membuatkan mereka bahagia, bila senyum, semua orang di sekeliling bahagia. Jom senyum di awal pagi, agar mendapat aura yang baik untuk kita bekerja cari rezeki buat keluarga. 

Tapi jangan senyum gedik, takut nanti orang salah faham. 

Senyumanmu Satu Azimat




 

26 January 2020

Harap Hari Ini Hujan

Hari ini mendung semacam, setelah panas melampau, harap hujan turun dan memgikut ramalan cuaca, petang ni mungkin hujan, tapi itu hanya ramalan manusia sahaja, selebihnya Allah yang menentukan sama ada hujan atau tidak. 

Saya berdoa juga agar hujan turun membasahi bumi, seterusnya mengelakkan dari terputus bekalan air di berberapa negeri.

Hidangan Makan Malam Menyelerakan

Malam ini tekak teringin pula nak makan maggi kari, sekala sekala kan, biasanya dalam seminggu, biasanya seminggu dua kali makan maggi sebagai makan malam, jimat sikit barang dapur, yang penting makan dan kenyang.

Kalau letak udang, sotong, ayam, tumis bawang merah, letak sayur juga dan perisa kari maggi, tumis hingga naik baik, lepas tu masukkan air, fuh memang padu. Tapi malam ni, letak fishball dan sayur kobis cina je sebab udang dan sotong tiada.

Panas Terik Hari Ini

Panas terik betul hari ini, lain macam panas nya, walau macam mana pun alhamdulillah masih di beri nafas hari ini untuk meneruskan kehidupan. Bila panas, confirm tekak cepat dahaga, minum apa pun sedap, contohnya seperti air kelapa, air tebu, dan cendol.

Jom makan cendol, original cendol, bukan macam cendol viral yang popular sekarang ini, cendol ais blended..aduh. 

Jom makan cendol

Rasa santan dan gula merah nya, memang sedap betul cendol asli ini.