10 November 2020

Langsung Tak Faham

Adakah korang setuju dengan pembentangan bajet 2021 yang di umumkan oleh Menteri Kewangan pada 6 November 2020 yang lalu? Paling hampeh dan tak membantu rakyat langsung?

Apa yang di harapkan diumum, langsung tak di sebut, jika sebut, tidak menyeluruh.

Umum negara kita mengalami gelombang ke3 pandemik Covid, apa kena mengena JASA dan apa sumbangan kepada negara dan Covid secara umum? Adakah dengan menyebarkan propaganda politik, covid akan berlalu pergi?

Hampeh...

27 October 2020

Jangan Mengharap Pada Mereka

Salam, lama tak menulis, di harapkan semua sihat, sebenarnya tiada idea nak menulis, tapi gigihkan juga lah menulis kerana ingin meluahkan apa yang rasa terbuku di hati, dulu pernah berjinak jinak dengan sukan golf, dan ada seorang pak tua pernah berkata, kalau nak tahu siapa lawan dan siapa kawan, main lah golf, baru anak tahu, erti sebenar persahabatan.pelik juga dengan kata kata tersebut, dan akhirnya, hanya tinggal kenangan belum sempat mengenali dan memahami dengan lebih lanjut erti 'persahabatan' di lapangan golf, akhirnya berkubur begitu sahaja, salah satu puncanya kerana sibuk dengan urusan kerja, dalam kesibukan tersebut, lupa akan permainan orang kaya kaya ini.

Pernah kecewa di dalam politik, di mana terlalu jujur sehinggakan tidak sedar pihak yang di sangka sahabat, menikam secara tiba tiba, selepas dari itu menyepi tanpa ambil tahu hal politik kotor ini, dan pada tahun ini, kembali semula selepas 8 tahun menyepi, bukan semata mata kecewa kerana kalah, tapi kecewa kerana sikap manusia yang lupa diri dan berhati busuk. Bagi aku, kalau nak tahu siapa lawan, siapa kawan, masuk lah ke pentas politik.

12 April 2020

Apa Khabar Semua?

Apa khabar korang semua di dalam tempoh kawalan pergerakan, umum semua tahu yang tempoh kawalan pergerakan di panjangkan/sambung lagi hingga ke 28 April 2020. yahooo...! duduk rumah diam diam sahaja, nikmat apa lagi yang ingin didustakan? dah hampir tepu sebenarnya duduk di rumah ini, tapi nak buat macam mana kan? Semoga urusan korang di rumah di permudahkan oleh Nya, yang paling penting, berjaga tu atau kuarantin tu kuarantin juga, solat jangan tinggal ya.

Dalam buruk ada baiknya, ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku, dari tak pernah masuk dapur, para suami sudah mula meluangkan masa di dapur, sudah mula belajar bertoleransi, menjadi imam yang unggul, dari tidak pernah solat berjemaah bersama isteri dan anak, telah menjadi imam, sudah mula meluangkan masa bersama anak anak, menyiapkan tugasan kerja sekolah anak anak, nampak tak perkara yang baik berlaku semasa kejadian dasyat virus global ini?

Kalau dulu malas nak ke pejabat, kalau boleh nak duduk rumah tidur sahaja kan, tapi sekarang, Tuhan beri cuti lama, dah lah cuti, dapat gaji dan bantuan pula tu? nikmat apa lagi yang mahu di dustakan lagi? 

04 February 2020

Demi Kepentingan Diri Sendiri

Perlu ke memilih dalam berkawan demi kepentingan diri atau untuk mendapatkan sesuatu? Sebagai contoh, nak dapatkan anugerah cemerlang di tempat kerja? kesian anak buah saya, dia mengadu yang tiada siapa yang mahu berkawan dengan dia di pejabat, kerana dia seorang yang bercakap benar, dan lantang menegah perkara yang tidak baik, walaupun dia seorang yang kuat bekerja, tiada siapa yang memandang bidang tugasnya. Baru baru ini, rakan rakan dia yang mana menjauhi kan diri dari anak buah ini, ada berberapa diantara mereka mendapat anugerah walaupun prestasi tidak lah sehebat mana. Nasihat saya kepada anak buah ini, bersabarlah dan teruskan membuat kebaikan, walaupun tidak dipandang orang, Allah sentiasa melihat, jangan susah hati.


30 January 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

Hai nilam nak join segmen dari bloggers Lieyza nordin. saya dah ikut semua syarat yang di tetapkan oleh bloggers lieyza nordin. Doakan saya ada peluang menang ya.

segmen dari bloggers Lieyza nordin.

Bloglist Segment 2020 Misaki Pure Blood

Salam dan selamat sejahtera hari ini nilam nak join segmen bloggers Misaki pure blood, terbelit belit nak sebut, cari kursor tetikus tak jumpa, rupa rupanya yang ikon watak kartun itu kursor nya, saya telah follow blog kamu dan subcribe channel youtube kamu ya, blog misaki pure blood ini meriah, juling mata saya, maklumlah rabun warna, saya join bloglist segment kamu ya, sebab hendak join segmen ini, kerana nak tambah kenalan rakan rakan online dan meningkatkan trafik blog nilam, harap saya menjadi insan bertuah menang segmen awak.

Salam kenal misaki pure blood, kalau pembaca yang lain mahu menyertai segmen ini boleh tekan sekali pada gambar di bawah ya.

Bloglist Segment 2020
Mari kita meriahkan segmen bloggers misaki pure blood ini. Salam perkenalan ya.

29 January 2020

Berapa Kali Nak Ulang

Menyampah pula bila iklan di radio pasal saham di mainkan berulang kali, lama pula tu tempohnya, stesyen radio dulu dulu tak sama macam sekarang, dulu lebih banyak mainkan lagu dari bercakap, , tapi stesyen radio sekarang ? lebih banyak bercakap, iklan, dan buat lawak bodoh lepas tu ketawa sendiri, lebih kepada syok sendiri pun ada, lebih banyak iklan dari lagu, ala yang iklan jom pelaburan saham, menang saham tu, sebanyak rm10 modal je, tak hensem tak apa yang penting kaya, berapa kali nak ulang ulang hah, bosan. tutup siaran terus.

Bila ramai dah register, takut ada hidden charge pula nanti. Tak masuk akal, modal kecik, untung berganda ganda, main saham ni ada tekniknya.

Harap radio yang lain, tiada la iklan seperti ini. Pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, suka dengar sinar, sebab terhibur juga kadang kadang dengan lawak jep, rahim dan angah. 

27 January 2020

Senyuman Satu Sedekah

Pinjam sinarmu Nurnilam sari, buat ku merempuhi malam, kabus berlabuh bagaikan awan, mengaburi penglihatan. Senyuman mu satu azimat, buat diri ku yang hina, manusia terpinggir melara, tak pernah kenal erti bahagia. Namun ku masih bahagia, bagi ku rahmat semuanya. 

Betul kata orang, senyuman itu satu sedekah, kadang kadang, orang sekeliling bukan nak wang anda pun, mereka mengharapkan senyuman yang membuatkan mereka bahagia, bila senyum, semua orang di sekeliling bahagia. Jom senyum di awal pagi, agar mendapat aura yang baik untuk kita bekerja cari rezeki buat keluarga. 

Tapi jangan senyum gedik, takut nanti orang salah faham. 

Senyumanmu Satu Azimat




 

26 January 2020

Harap Hari Ini Hujan

Hari ini mendung semacam, setelah panas melampau, harap hujan turun dan memgikut ramalan cuaca, petang ni mungkin hujan, tapi itu hanya ramalan manusia sahaja, selebihnya Allah yang menentukan sama ada hujan atau tidak. 

Saya berdoa juga agar hujan turun membasahi bumi, seterusnya mengelakkan dari terputus bekalan air di berberapa negeri.

Hidangan Makan Malam Menyelerakan

Malam ini tekak teringin pula nak makan maggi kari, sekala sekala kan, biasanya dalam seminggu, biasanya seminggu dua kali makan maggi sebagai makan malam, jimat sikit barang dapur, yang penting makan dan kenyang.

Kalau letak udang, sotong, ayam, tumis bawang merah, letak sayur juga dan perisa kari maggi, tumis hingga naik baik, lepas tu masukkan air, fuh memang padu. Tapi malam ni, letak fishball dan sayur kobis cina je sebab udang dan sotong tiada.

Panas Terik Hari Ini

Panas terik betul hari ini, lain macam panas nya, walau macam mana pun alhamdulillah masih di beri nafas hari ini untuk meneruskan kehidupan. Bila panas, confirm tekak cepat dahaga, minum apa pun sedap, contohnya seperti air kelapa, air tebu, dan cendol.

Jom makan cendol, original cendol, bukan macam cendol viral yang popular sekarang ini, cendol ais blended..aduh. 

Jom makan cendol

Rasa santan dan gula merah nya, memang sedap betul cendol asli ini.

25 January 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

giveaway mamapipie


Jom meriahkan segmen bloggers mamapipie.com ini, hadiahnya memang awesome dan menarik. Saya telah ikut semua syarat wajib, harap ada rezeki menang giveaway kali ini. Kalau korang nak join segmen ini, tekan sekali pada gambar di atas.

Saya pilih hadiah yang bernombor 2. jom meriahkan segmen ini, Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Wish me have luck..!

Hasil Tangkapan Rakan Malam Ini

teringin nak makan ketam

Hasil tangkapan malam ini oleh seorang rakan ketika memancing di laut, berjam jam duduk di laut, baru dapat seekor ketam bunga, ok la tu, alhamdulillah rezeki, goreng pun sedap ni..syukur.gambar ini di hantar melalui whats app, saya tak dapat join sebab ada hal urusan keluarga, jadi kawan hantar gambar ini, saya senyum dan lihat dari jauh jela, kalau lihat pun, dari whats app, maaf tak dapat join malam ini, hahaha.

Penat memancing sebenarnya, letih menunggu, kena ada banyak masa terluang dan peralatan yang cukup baru seronok memancing

Segmen Bloglisted 2020 by Misya

Segmen Bloglisted 2020 by Misya

Hi jom follow segmen ini. Segmen Bloglisted 2020 by Misya, nilam dah ikut syarat seperti yang penganjur segmen nak...jom meriahkan segmen ini. Cuma nilam takde instagram, harap maaf.Tekan gambar untuk join Segmen Bloglisted 2020 by Misya ini.

24 January 2020

Suasana Nyaman Di Pantai

Nyaman dan tenangnya apabila melihat laut dan kawasan sekeliling nya, semalam pergi memancing di pantai berhampiran Masjid Selat di Melaka, agak lama juga lah saya tak pergi memancing, walaupun cuaca panas terik, tetap bersemangat waja nak memancing, nasib baik ada berberapa pokok di sekeliling kawasan, dapatlah saya tumpang teduh, tapi bahang juga lah, lain macam cuaca sekarang.

Suasana Nyaman Di Pantai

Masa tiba di pantai, air dalam proses pasang ke surut, ikan ikan peralihan dari kawasan pantai ke tengah laut, yelah air nak surut kan, tapi kena tengok nasib juga lah, kalau ada rezeki tak kemana, melekat juga ikan di mata kail, rezeki memang tak dapat di jangka, yang penting, sabar dan terus sabar.   

Salam Perkenalan Kepada Semua

Salam semua, baru nak menulis di blog, sebenarnya memang minat dalam penulisan dan terfikir dah lama untuk nak ada blog sendiri, mudah rupanya nak buat blog, kepada kakak dan abang abang di luar sana, boleh lah beri tunjuk ajar pada saya ya. saya masih baru dalam dunia ini dan salam perkenalan semua.Seronok apabila membaca, melihat blog bloggers semua, ada yang menjana pendapatan, ada yang sekadar hobi menunjukkan kemahiran tersendiri seperti melukis dan sebagainya.

Sekali lagi salam perkenalan kepada semua, tujuan saya ber blog ini, untuk meluahkan rasa isi hati yang terpendam, berkongsi ilmu pengetahuan, dan fokus utama nak menjana pendapatan, kalau sudi follow lah saya. Kalau tak sudi tidak mengapa, harap semua beri tunjuk ajar